Profil

Klinik Kesihatan Padas Damit terletak 37 KM dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan 36 KM dari Pekan Beaufort, dibina di atas tanah Padas Damit sendiri seluas 2.24 Ekar yang telah dibeli daripada salah seorang penduduk kampung iaitu Allahyarham OKK Haji Taki bin Amit pada tahun 1964. Penyukatan Tapak Pusat Kesihatan Klias 8 dan dikemaskini pada tahun 1975. Dahulunya tanah klinik ini adalah dibawah pentadbiran dan seliaan Majlis Daerah Beaufort dan sekarang ianya ditadbir oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.

Klinik ini mula dibina pada tahun 1964 dan tapak ini dipilih berdasarkan taburan penduduk dan kawasan terpencil iaitu jauh dari pekan berikutan kesusahan dan kepayahan penduduk untuk menerima rawatan di pusat kesihatan terdekat. Pada mulanya klinik ini berdiri dengan 3 bangunan asas iaitu Klinik P.W.D 1544 dan 2 buah Kuarters iaitu P.W.D 1543 manakala sebuah lagi belum didaftarkan dan klinik ini secara rasminya beroperasi pada tahun 1964 sehinggalah sekarang.
  
Jumlah kakitangan semasa klinik ini baru beroperasi pada tahun 1965 ialah 4 orang iaitu Senior Hospital Attendant (Mr Wong Su Chai), Rural Health Nurse ( Ms Monica Yong), Attendant (En.Rija b. Yusof) dan Tukang kebun (En. Kimbi Jakaria). Program pembangunan dan peningkatan taraf perkhidmatan giat dijalankan di klinik ini tahun demi tahun dan sehingga kini seramai 14 orang anggota telah ditempatkan berkhidmat di sini. Terdiri daripada 2 orang PPP (Penolong Pegawai Perubatan), 2 orang Jururawat, seorang PPF (Penolong Pegawai Farmasi), 4 orang Jururawat Masyarakat, 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan, seorang PKB (Pemandu Kenderaan Bermotor) dan seorang PRA (Pembantu Rendah Am).




No comments:

Post a Comment