Setelah mengalami kerosakan beberapa bulan yang lalu, kenderaan Ambulance KKPD akhirnya kembali beroperasi semula. Dikendalikan oleh PKB bertugas En.Norsidi Hj.Sulaiman, perkhidmatan ambulance akan kembali berjalan seperti dahulu. Khasnya perkhidmatan ini disediakan untuk menghantar kes-kes rujukan ke Hospital Beaufort dan mana-mana Pusat Kesihatan yang berkenaan. Selain itu, perkhidmatan ini juga digunakan dalam perkhidmatan lain seperti kesihatan sekolah dan sebagainya. Semoga dengan adanya kemudahan ini KKPD akan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment