Sunday, 16 June 2013

Report Duty : 2 Staf Nurse Baru KKPD

Jun 2013, KKPD telah menerima 2 orang lagi Jururawat Baru yang bakal memberikan perkhidmatan di klinik ini. Mula melapor diri pada minggu kedua bulan Jun, Pn.Hayati Tangilul dan Pn.Norhemie Chau masing -masing sudah mempunyai pengalaman bertugas di tempat lama iaitu Hospital Beaufort dan Klinik 1 Malaysia Limbawang. Menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Jururawat Wani dan Jururawat Liza beberapa bulan yang lepas, kini kekosangan tersebut telah diisi oleh mereka. Adalah diharapkan agar dengan kehadiran kakitangan baru ini akan memeriahkan dan memantapkan lagi suasana bertugas di KKPD. Selamat Datang dan selamat bertugas buat keduanya.

Saturday, 15 June 2013

Perkhidmatan Ambulance Kembali


Setelah mengalami kerosakan beberapa bulan yang lalu, kenderaan Ambulance KKPD akhirnya kembali beroperasi semula. Dikendalikan oleh PKB bertugas En.Norsidi Hj.Sulaiman, perkhidmatan ambulance akan kembali berjalan seperti dahulu. Khasnya perkhidmatan ini disediakan untuk menghantar kes-kes rujukan ke Hospital Beaufort dan mana-mana Pusat Kesihatan yang berkenaan. Selain itu, perkhidmatan ini juga digunakan dalam perkhidmatan lain seperti kesihatan sekolah dan sebagainya. Semoga dengan adanya kemudahan ini KKPD akan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada masyarakat.

Apa Yang Penting.. Kerjasama

Anggota kesihatan yang sedang bertungkus lumus menyiapkan carta organisasi klinik yang baru. Berkonsepkan Penyayang, Professionalisme, dan Kerja Berpasukan, anggota KKPD (Klinik Kesihatan Padas Damit) juga turut mengamalkannya dalam setiap kerja-kerja yang dilakukan di klinik ini. Diilhamkan daripada bekas Jururawat Wani dan Liza beberapa bulan yang lalu, projek menyiapkan carta organisasi yang baru ini diteruskan lagi oleh anggota kesihatan yang lain dan akhirnya inilah hasilnya. Kata orang, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". 





Portal KK Padas Damit Beaufort

Jun 2013, Portal KK Padas Damit Beaufort mula diperkenalkan melalui laman blogspot secara online bagi memperkenalkan Klinik Kesihatan Padas Damit dengan lebih meluas seiring dengan peredaran dunia moden. Portal ini dibangunkan untuk memudahkan masyarakat mendekati dan mengenali dengan lebih lanjut mengenai profil klinik ini dan meninjau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di sini. 

Klinik ini juga turut menyediakan ID di laman sosial seperti facebook untuk memudahkan para anggota kesihatan berkomunikasi antara satu sama yang lain. Selain itu, masyarakat luar juga boleh menggunakan kemudahan ini untuk menghantar sebarang pertanyaan atau cadangan kepada pihak klinik.